Amalan-amalan Anak Yang Soleh Kepada Kedua
Ibu bapa Yang Telah Meninggal Dunia.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuhسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمSegala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia
Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah
menuruti baginda hingga ke hari kiamat.Sahabat yang dirahmati Allah,Sebagai
seorang anak yang kasih kepada kedua ibu bapa perlulah kita membalas jasa-jasa
baik yang telah mereka berikan kepada kita. Terutama apabila mereka berdua atau
salah seorang daripada mereka telah meninggal dunia. Jika kita laksanakan
amalan-amalan tersebut akan meringankan beban ibu bapa yang sedang bersemadi di
alam barzakh. Mereka akan bergembira kerana memiliki anak-anak yang soleh dan
solehah yang sentiasa menyalurkan rezeki berupa pahala yang mengalir terus ke
alam barzakh tanpa henti-henti. Balasan yang akan kita terima adalah keredhaan
Allah SWT dan kebaikannya anak-anak kita pula akan melaksanakan amalan yang
sama apabila giliran kita kembali dijemput pulang oleh Allah SWT.
Amalan-amalan anak
untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia :
1.
Mohon keampunan untuk mereka.Doakan kepada mereka.supaya diampunkan dosa-dosa
mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk
kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)Daripada
Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda
maksudnya : "Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari
tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh
yang berdoa kepadanya.'' (Hadis Riwayat Muslim)."Sesungguhnya Allah ‘Azza
wa Jalla menaikkan darjat seorang lelaki yang shalih di syurga,lalu dia
bertanya: “Wahai Tuhan! Kenapakah saya mendapat kelebihan ini?”Dijawab:
“Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada kamu.”(Hadis Sanad Hasan Riwayat
Ahmad dalam Musnadnya – hadis no: 10610 (jld. 2, ms. 509) dan sanadnya dinilai
hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth.)Doa keampunan kepada ibubapa yang boleh
diamalkan adalah daripada al-Quran seperti mana yang dikemukakan sebelum
ini:“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa
yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan; dan janganlah Engkau tambahi
orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” (Surah Nuh (71) ayat
28)Memandangkan hadis yang pertama menyebut doa seorang anak yang soleh secara
umum, maka dianjurkan juga mendoakan rahmat kepada ibubapa sebagaimana
berikut:“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana
mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa
kecil.” (Surah al-Isra’ (17) ayat 24)Demikianlah dua doa yang diajarkan oleh
al-Quran dan ia mencakupi dua perkara yang amat diperlukan oleh ibubapa setelah
mereka meninggal dunia: keampunan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Doa-doa ini boleh kita baca di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia
tidak terhad kepada saat menziarahi kubur ibubapa.
2.
Menunaskan hutang mereka.Hutang seperti ini akan menawan ibubapa yang meninggal
dunia sehinggalah ia dilunaskan.Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah
bersabda kepada Sa‘ad ibn al-Atswal radhiallahu 'anh yang baru kematian
saudaranya: "Saudara kamu tertahan disebabkan hutangnya, oleh itu pergilah
engkau melunasinya." (Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah dan dinilai sahih oleh
al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah – hadis no: 2433 .Kitab al-Ahkam, Bab
membayar hutang orang yang meninggal dunia).
3.
Laksanakan wasiat ibadah yang mereka tinggalkan.Jika ibubapa memiliki hajat
untuk melaksanakan sesuatu ibadah lalu mereka tidak sempat kerana meninggal
dunia, maka kita boleh melaksanakan ibadah tersebut. ‘Abd Allah ibn ‘Abbas
radhiallahu 'anhuma menerangkan:Bahawa seorang wanita daripada Juhainah datang
menemui Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan berkata: “Sesungguhnya ibuku
bernazar untuk melaksanakan haji akan tetapi dia tidak sempat melaksanakan haji
tersebut sehingga dia meninggal dunia. Apakah boleh aku melaksanakan haji
tersebut untuknya?”Rasulullah menjawab: “Ya, hajikanlah dia. Apa pandangan kamu
jika ibu kamu memiliki hutang, adakah kamu juga akan melunasinya? Lunaskanlah
untuk Allah kerana (hutang kepada) Allah adalah lebih berhak untuk
dilunasi." (Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no:
1852 (Kitab al-Hajj, Bab menunaikan nazar haji untuk yang meninggal dunia).
4.
Melaksanakan Rancangan Atau Janji Ibubapa.Jika ibubapa memiliki rancangan
tertentu dan mereka tidak sempat melaksanakannya, kita sebagai anak boleh
melaksanakannya dan ganjaran kebaikan akan mengalir kepada ibubapa dan juga
kita. Jabir bin ‘Abd Allah radhiallahu 'anh menerangkan:Nabi Sallallahu 'Alaihi
Wasallam pernah berkata: “Apabila datang harta dari Bahrain nescaya aku akan
memberi engkau sekian-sekian.”Namun harta dari Bahrain tidak datang sehinggalah
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat.Ketika harta dari Bahrain sampai, Abu
Bakar (radhiallahu 'anh) memerintahkan seseorang menyeru: “Sesiapa yang
memiliki janji atau hutang dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam datanglah
kepada kami.”Maka aku datang dan berkata: “Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'Alaihi
Wasallam berjanji kepada aku sekian-sekian.” Maka dia memberi aku satu
genggaman dan aku menghitungnya, ternyata jumlahnya lima ratus (dirham). Dia
berkata: “Ambillah lagi seumpamanya.”(Hadis Sahih Riwayat al-Bukhari dalam
Shahihnya – hadis no: 2296 (Kitab al-Kafalah, Bab orang yang bertanggungjawab
untuk menunaikan hutang si-mati…).Dalam hadis di atas, janji Rasulullah
Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Jabir dilaksanakan oleh Abu Bakar
radhiallahu 'anh sebagai pemerintah pada saat itu. Dalam kes ibubapa, janji atau
rancangan mereka boleh dilaksanakan oleh anak-anaknya.
5.
Meneruskan Apa Yang Baik dan Menghentikan Apa Yang Buruk.Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang
baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala
orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu)
sedikit pun. Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunah yang jahat lalu ia
diamalkan selepas itu ditulis untuknya (dosa) seperti dosa orang yang
mengamalkannya tanpa dikurangkan dosa mereka (para pengamal itu) sedikit pun.
(Hadis Sahih Riwayat Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 1017 (Kitab al-Zakat,
Bab suruhan bersedekah sekalipun dengan setengah biji tamar…)6. Berhubung
Dengan Orang Yang Dicintai Oleh Ibubapa.Kebaikan yang terakhir adalah
setinggi-tinggi kebaikan yang dapat dilakukan oleh seorang anak kepada
ibubapanya yang telah meninggal.Hadisnya adalah seperti berikut: Dalam satu
perjalanan ke Mekah, ‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma menemui seorang
Arab Badui. Lantas Ibn ‘Umar mengucapkan salam kepada beliau, menaikkan beliau
ke atas keldai yang tadi ditungganginya dan kemudian memberikan beliau serban
yang sedang dipakainya. Ibn Dinar (yang menyaksikan perbuatan Ibn ‘Umar)
berkata kepadanya:“Semoga Allah memperelok keadaan kamu! Sesungguhnya mereka
adalah orang Arab Badui dan sesungguhnya mereka sudah mencukupi dengan sesuatu
yang sedikit.”Maka Ibn ‘Umar menjawab: “Sesungguhnya ayah orang ini adalah
sahabat yang amat dicintai oleh (ayahku) ‘Umar bin al-Khaththab. Sesunguhnya
aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya
bakti terbaik seorang anak ialah menghubung silaturahim dengan orang yang
dicintai ayahnya.”(Hadis Sahih Riwayat Muslim dalam Shahihnya – hadis no: 2552
(Kitab al-Birr wa al-Sholah wa al-Adab, Bab keutamaan berbuat baik kepada rakan
ayah dan ibu).Berdasarkan hadis di atas, hendaklah kita berbuat baik kepada
ibubapa yang sudah meninggal dunia dengan menjalinkan hubungan silaturahim dan
berbuat baik kepada sesiapa sahaja yang dicintai atau menjadi sahabat karib
ibubapa semasa mereka masih hidup.
Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh
atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa
mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk
membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.
1.
Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid,
rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk
mereka.
2.
Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad
tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.3. Selalu sedekahkan
al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-Nas, surah Yasin,
surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik
yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.. Sedekah bacaan
al-Quran menurut majoriti ulama ahli sunah waljamaah sampai kepada simati :
Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW
menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan
kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya
supaya berbuat demikian.Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya,
katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku
meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang
lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian
curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku
permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, kerana aku telah mendengar
Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982,
Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19)4. Beramal dengan amalan Islam.
Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup
Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup
aurat, bergaduh sesama adik beradik kerana harta pusaka semua tindakkan
ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh. Ibu
bapa akan menyesal kerana mereka tidak mendidik anak-anak mereka dengan cara
hidup Islam hingga mereka melakukan maksiat kepada Allah SWT. Ketika ini
penyesalan sudah tidak berguna lagi kerana perkara tersebut sudah berlaku.
Tetapi untuk anak-anak pula macamana mereka hendak membantu ibu bapa mereka
yang sudah mati tadi? Maka mereka perlu beramal soleh, beramal ibadah dan
beramal kebaikan kerana semua pahala yang kalian buat akan membari saham yang
besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh. Amalkanlah
ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala
ilmu yang bermanfaat. Sahabat yang dikasihi,Marilah kita sama-sama
berusaha memberi saham terbaik untuk kedua orang tua kita yang telah meninggal
dunia. Amalkanlah beberapa amalan di atas yang pernah di laksanakan oleh
sahabat-sahabat Rasulullah SAW dan ulama tabiin untuk meneruskan jasa bakti kepada
insan tersayang yang telah meninggal dunia. Sebenarnya amal soleh dan kebaikan
yang kita berikan kepada mereka kita juga akan mendapat pahala yang sama dan
tidak dikurangkan walaupun sedikit oleh Allah SWT.
No comments:
Post a Comment